sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 12 January 2013

GEMPAQ !!! AMK LARI DARI IBLIS DAN SYAITAN !!









AIDCNews -11/01/13- Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) Syamsul Hidayat Mohd Sharif bersama dua orang lagi bekas anggota parti itu, Mohamad Asroc Md Jailani dan Saiful Ambar Abdullah Ambar mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Syamsul Hidayat, Asroc dan Saiful Ambar yang juga peguam ketua wanita PKR Pulau Pinang menyerahkan borang penyertaan UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 10 Jan.

Menyentuh tentang Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal diadakan oleh pakatan pembangkang esok, Syamsul Hidayat berkata ia merupakan siri-siri demontrasi jalanan BERSIH untuk mengugat kestabilan politik dan menjatuhkan kerajaan.

“Ini merupakan siri-siri propaganda mereka. Tidak ada satu pegangan yang hendak diperjuangkan dan sejarah itu berulang.

“Kali ini mereka tahu, tahun ini berlaku satu lagi pilihanraya umum, maka secepat (mungkin) mereka mengadakan perhimpunan yang lebih kurang sama.

“Namanya sahaja ditukar. Kalau dahulu, BERSIH 0.1, menjelang PRU 12, 2008, menjelang PRU 13, dia buat satu lagi himpunan Kebangkitan Rakyat.

“Semua ini adalah untuk menutup segala kegagalan mereka untuk melaksanakan manifesto, segala kegagalan mereka untuk mentadbir urus sebagaimana yang mereka war-warkan dalam ceramah dan sebagainya.

“Ia lebih kepada satu himpunan untuk menunjukkan mereka punya ramai sokongan untuk menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya,”katanya.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive