sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 7 January 2013

EKSKLUSIF SELATAN THAILAND : SUMBANGAN BESAR DS SHAHIDAN KASSIM DI SELATAN THAILAND






Rombongan Tun Mahathir ke Selatan Thailand baru-baru ini membawa pengalaman baru bagi APJ , bukan sahaja dapat mengetahui tentang hubungan akrab antara Thailand dan Malaysia tetapi hubungan persaudaraan antara Malaysia dan penduduk Islam Selatan Thailand.

Selepas sahaja keluar dari Hotel penginapan Tun Mahathir di Satun Thailand , kami mengucapkan selamat berlepas pulang kepada Tun Mahathir dan Isteri dan program secara tidak sengaja adalah lawatan kami ke Kampung Chelung Che Bilang di wilayah Satun, Thailand. Mengetuai rombongan adalah Dato Seri Shahidan Kassim dan pegawai-pegawai dari Perlis.

Tiba di Kampung Chelung Che Bilang kami dibawa ke Masjid Ahmadiah di Kampung berkenaan. Masjid yang sebegitu besar sebenarnya adalah sumbangan daripada Dato Seri Shahidan sendiri. Ternyata begitu besar sumbangan bekas Menteri Besar Perlis ini kepada wilayah Islam selatan Thailand. Rata-rata penduduk disini dibawah taraf kemiskinan tegar dengan bertani dan berkebun.

Kata salah seorang penduduk kerja harian mereka adalah dengan menoreh getah dan sawah padi hanya membawa hasil setahun sekali atas faktor hujan yang kurang.

Rata-rata penduduk disini mengenali rapat Dato Seri Shahidan dan ketika lawatan mereka tidak penat mengucapkan terima kasih atas pengorbahan Dato Seri Shahidan di Selatan Thailand , ada penduduk yang memberi buah tangan seperti nenas dan makanan tempatan lain.

Masjid Ahmadiah dibina atas tanah yang dibeli Dato Seri Shahidan dan pembinaan dilakukan secara gotong royong daripada penduduk sendiri, di lihat sekolah agama yang jauh ketinggalan daripada apa yang ada di Malaysia. APJ teringat sewaktu belajar mengaji dulu di sekolah , Malaysia sekarang sudah jauh kehadapan , benarlah kata Tun Mahathir semasa solat di Masjid dalam bandar Satun , katanya , Orang Islam perlu ilmu kerana ilmulah Islam akan berjaya didunia mahupun akhirat.

Sepatutnya pelbagai pihak harus membantu saudara seagama kita di Selatan Thailand dan membawa belia-belia Malaysia agar mereka lebih menghargai apa yang ada di Malaysia sekarang adalah terlalu baik berbanding saudara seagama kita di negara lain.

bagi APJ insya'Allah ini bukan yang terakhir APJ jejak kami di Selatan Thailand , pastinya APJ akan kembali , buat Dato Seri Shahidan , tahniah atas sumbangan yang begitu besar dalam membantu saudara seagama kita begitu juga Tun Mahathir yang tidak jemu-jemu mahu membangunkan wilayah Islam di Selatan Thailand.

LUV MALAYSIA

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive