sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 24 December 2012

YANG BENAR : KUCING SUKA MAKAN DURIAN !!! TUDIAAAA



KUCING YANG GEMAR MAKAN BUAH DURIAN | Kucing dan ikan memang tidak dapat dipisahkan. Namun, sejak akhir-akhir ini terdapat banyak benda yang jarang kita lihat berlaku di dunia ini termasuklah selera pelik kucing ini yang sangat gemar memakan buah durian.

Tawau : Pemilik kucing ini, Nazatul Akma Md Najib turut pelik dengan kucing yang dipelihara keluarganya. Bagaimana kucing juga boleh menggemari buah durian.

Kucing yang diberi nama Anak Berbulu atau Putih Junior ini sangat gemar kepada buah durian.

Selera Putih mula disedari apabila ayah Nazatul menghulurkan tangannya yang terdapat sisa durian dan putih mula menjilat sisa durian itu dengan bersungguh-sungguh.

Di mana ada durian, disitulah putih akan mengiau minta makan.

"Baru tadi kucing ni makan durian di dapur. Sungguh-sungguh dia jilat biji durian. Ada gen manusia kot kucing ni." Nada Nazatul seperti melawak.

Selain manusia, kucing juga gemar kepada buah durian.

sumber : klik sini

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive