sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 4 November 2012

TUDIAAA !! PAS KANTOIII BUAT FITNAH !!! #TUKARKEDAH


Tudiaaaa, rupanya PAS menambahkan lagi  FITNAH depa kat MCA, kali ni betul-betul depa kena balun dengan MCA dan FITNAH depa kata Presiden MCA hina dan mencabar Islam adalah palsu semata-mata.

Niat buruk depa akhirnya terbongkar dengan penjelasan Presiden MCA sendiri yang menyatakan mereka hanya tolak Hudud PAS. Tudiaaaa, PAS nak kata apa lagi lepas ni.



Ikuti temubuat dengan Presiden MCA ini tentang FITNAH menyatakan beliau hina Islam dan anti Islam.




Beliau mendakwa isu itu telah dipolitik dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap PAS adalah agama Islam.

Katanya, seperti mana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi Persekutuan.

Menurutnya, ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan rukun-rukun Islam di negara .

Ia seperti pembinaan masjid-masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah-sekolah agama, perbankan Islam dan penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan.

Dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Presiden MCA menegaskan perkara itu dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Dr Chua juga menegaskan parti itu telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini.

Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya di Malaysia, katanya.

Bagaimanapun, MCA, katanya menyeru Pakatan Rakyat meletak kembali hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang sepertimana PAS meletak manifesto hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.

Cabar PAS dan PKR

Beliau berkata, MCA juga ingin mencabar pendirian PAS dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal supaya melangkah mayat beliau dahulu sekirannya negara Islam hendak ditubuhkan di Malaysia.

“(Adakah) kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak.

“MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama–sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi PAS atau tidak?

“Sekirannya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi PAS maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi PAS di negara.

“Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.? kata Dr Chua lagi.

Dr Chua menegaskan sebagai Presiden MCA bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi.

Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletak hudud versi PAS dalam
manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang.

Katanya, jika ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia, MCA akan menghormati kehendak rakyat.
Dr Chua juga mengatakan pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten.

Dakwa Karpal persoal Sultan

“Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik.

“Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap hudud versi PAS pula Pakatan Rakyat hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri,” kata beliau lagi.

Menurut Dr Chua, beliau telah berbincang dengan Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

Dr Chua bertanya, sekiranya Pakatan Rakyat benar–benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Datuk Ngeh Koo Ham yang jelas menghina dan memperlekehkan Islam.

Dalam tweetnya, Pengerusi DAP Perak itu, menyatakan protes umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga.

“Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini ramai pemimpin PAS menyokong dan mempertahankan beliau (Ngeh),” kata Dr Chua.

Beliau menegaskan, rakyat perlu tahu pada pilihan raya umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya PAS Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.

Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

“Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam,” katanya.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive