sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Friday 30 November 2012

PAU PANAS !!! KENAPA DEPA MENANGIS ?? JOM TERJAH BEB !!!


DS Najib Tun Razak menegaskan bahawa janji-janji pembangkang dalam Buku Jingga akan menghancurkan kemakmuran ekonomi dan memaksa Malaysia merayu bantuan antarabangsa dalam tempoh tiga tahun.

Berucap merasmikan Perhimpunan Agong UMNO, Najib turut menyifatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin lidah bercabang yang mempunyai rekod buruk menguruskan ekonomi ketika menjadi Menteri Kewangan.

Najib berkata janji-janji yang di jaja oleh Anwar dalam Buku Jingga hanya nampak "muluk-muluk" namun kesan buruknya tidak diselindungi daripada rakyat.

Beliau berkata janji pembangkang menjamin pendapatan purata bulanan setiap isi rumah Malaysia pada kadar RM 4,000, menghapuskan tol dan hutang PTPTN, memberikan elaun khas kepada guru sebanyak RM 500 sebulan dan menaikkan royalti petroleum sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri akan memusnahkan ekonomi negara.

“Pada tahun pertama seandai dilaksanakan, defisit bajet Kerajaan pusat akan melonjak kepada hampir 30 peratus. Kedua, menjelang tahun 2015 kadar nisbah hutang negara kepada KDNK akan melambung kepada 140 peratus.

“Dalam tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti negara Greece. Waktu itu pengurusan iktisad negara tidak lagi berada dalam tangan Kerajaan yang dipilih rakyat, tetapi beralih ke tangan institusi antarabangsa. Adakah itu yang kita inginkan?,” tanya Najib.

Najib seterusnya menegaskan krisis kewangan Asia melanda Malaysia pada tahun 1997-1998, membuktikan Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan bukan pengurus ekonomi yang cekap.

Beliau menyingkap bagaimana Anwar mengguna pakai dasar-dasar Tabung Kewangan Antarabangsa yang memaksa peemotongan perbelanjaan pembangunan serta menaikkan kadar faedah yang membawa kesengsaraan kepada rakyat khususnya masyarakat perniagaan.

Orang ini (Anwar) memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam UMNO, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Umum Pembangkang, segala pendirian dan fe’elnya berubah pulak,” kata Najib.

“Dia ini lidahnya bercabang. Jelasnya, tiada orang boleh meneka watak sebenar beliau yang secara terang-terang mendukung usaha menjamin keselamatan Israel, pada kala dunia sedang mengutuk Rejim Tel Aviv yang kejam itu kerana membantai dan mengganyang umat Islam di Gaza. Akan tetapi, apabila kerajaan membentang usul mengecam Israel di Parlimen...dah.. dia menyokong pulak,” kata Najib.

Najib berkata Barisan Nasional telah membuktikan bahawa ia jauh lebih pro aktif dalam melaksanakan langkah-langkah untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

“Dalam Buku Jingga juga pembangkang menjanjikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi realitinya Kerajaan Barisan Nasionallah yang berani mengambil langkah, tidak setakat memansuhkan ISA tetapi juga Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan 3 pengisytiharan darurat serta membiarkan ordinan-ordinan yang digubal, lupus.

“Tidak sekadar itu, kita juga telah meminda AUKU bagi membenarkan keahlian pelajar dalam parti politik, meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi menghapuskan keperluan lesen tahunan, serta mengembalikan semula hak semakan kehakiman secara amnya kepada mahkamah,” kata beliau. .

“Atas sebab-sebab yang demikian, rakyat Malaysia perlu menilai dan membuat keputusan sama ada mereka mahukan keberterusan transformatif ini oleh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional atau akan terumbang-ambing dalam kata-kata muslihat serta mainan tanggapan tidak masuk akal oleh pembangkang,” tegas Najib.

Diakhir ucapan Najib meminta maaf pada semua perwakilan jika ada salah dan silap dari beliau -

Kredit lebih bagi sikit kat SINI

APJ : UCAPAN TERBAIK SEPANJANG AKU MENGENALI PM !!! 

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive