sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 26 November 2012

PANAS !!!! MPM BERSAMA RATUSAN NGO MELAYU AKAN ADAKAN BANTAHAN BESAR-BESARAN TERHADAP SIKAP BIADAP DONG ZONG !!!


Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyangkal dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menjejaskan pendidikan di sekolah aliran Cina dan Tamil serta perpaduan negara.

Pengerusi Biro Pendidikan MPM, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, usaha yang dilakukan kerajaan itu termasuk mewujudkan Perlembagaan Persekutuan, Penyata Razak 1956, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memastikan rakyat pelbagai kaum dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni.

"Jadi mana-mana pihak yang membuat tuntutan yang tidak secucuk dengan Perlembagaan Persekutuan, MPM menentang sekeras-kerasnya.

"Oleh itu, MPM akan mengadakan satu konvensyen pendidikan besar-besaran dalam masa terdekat dan kita akan minta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak datang untuk memberikan ucaptama," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Perhimpunan MPM - Menyatupadu rakyat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, di sini hari ini.

MPM terdiri daripada 286 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang mewakili 2.7 juta ahli di seluruh negara.

Dong Zong dijadual mengadakan perhimpunan dinamakan 1,125 Peaceful Assembly of Petition pada Ahad ini ekoran membantah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang didakwa menjejaskan pendidikan aliran Cina dan Tamil serta perpaduan negara.

Mengulas lanjut, Kamarudin memberitahu, konvensyen yang dicadangkan pihaknya itu dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Yayasan Ihtimam Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, perhimpunan yang bakal dianjurkan Dong Zong dilihat tidak bertanggungjawab kerana hanya akan menimbulkan keresahan masyarakat.

"MPM tidak akan adakan perhimpunan sebegitu kerana tindakan itu hanya akan menimbulkan keresahan dan mengeruhkan keadaan," katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, beliau kecewa dengan sikap Dong Zong yang membantah dan menggunakan taktik tidak sesuai bagi melaksanakan agenda mereka.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive