sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 6 November 2012

PANAS !! BUDAK 10 TAHUN MANGSA ROGOL



Aku nak bayangkan nasib malang anak kecil ini menahan kesakitan akibat sifat manusia macam binatang. Dunia serba moden ini masih gagal ubah sikap untuk menjadi lebih baik tetapi sikap binatang terus menjadi pujaan dan tauladan pada mereka.

Kisah sedih yang aku baca ini bukan dari Malaysia tetapi negara luar, nasib baik dia terselamat dari terus menjadi mangsa kekejaman manusia lain. Mungkin terlalu siksa dia sanggup melarikan diri dan meminta diselamatkan di mahkamah.

ceritanya bermula begini :

Sana’a : Seorang kanakanak berusia 10 tahun, Neejod Ali, terpaksa bersembunyi di luar sebuah mahkamah di Yaman sebelum berjaya mendapatkan permohonan perceraian daripada suaminya berusia 30 tahun.

Neejod yang muncul dalam satu rancangan bual bicara stesen televisyen Lubnan, berkata dia dipaksa berkahwin oleh keluarganya 10 bulan lalu, ketika berusia sembilan tahun.

“Bapa memaksa saya berkahwin dengan lelaki itu,” katanya yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

Neejod berkata dia tidak pernah melihat suaminya hinggalah pada hari perkahwinan mereka dan ketika itu dia benar-bnar berasa sangat takut.

Cuba melarikan diri

“Saya cuba melarikan diri daripada suami saya pada malam perkahwinan. “Tetapi keluarganya memukul saya dan memaksa saya membuat kerja rumah,” katanya.

Hakim bawa pulang

Neejod berkata salah seorang ibu saudaranya, dan seorang pemandu teksi turut membantu dia pergi ke mahkamah untuk menuntut cerai daripada suaminya.
“Ketika sampai di mahkamah saya terasa begitu takut dan bersembunyi di bangunan mahkamah dan menunggu hingga ia ditutup.

“Ketika hakim hendak pulang ke rumah dia melihat saya menunggu di luar.

Saya memberitahu hakim itu masalah saya dan beliau sangat bersimpati,” katanya.
Berikutan itu, hakim terbabit kemudiannya membawa Neejod ke rumahnya dan dia tinggal di situ selama tiga hari.

“Beliau akhirnya membawa saya ke mahkamah serta meluluskan permohonan tuntutan cerai saya,” katanya. - Agensi

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive