sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 30 October 2012

HOT !!! PANGLIMA PERANG MALAYSIA SEDIA LANCAR PERANG PADA INDONESIA ?? TUDIAAA


Kalau takut dilambung ombak, jangan la tengok filem ombak.. Aku tak terkejut dengan sikap memalukan depa ni, kerana takut kekuatan Malaysia, depa buat macam-macam benda untuk kalahkan Malaysia tapi dah terbukti dulu, depa kalah juga dengan Malaysia.

Jom kita baca apa Jenaral Perang Malaysia cakap kat utusan pasai kes panas ni..


PETALING JAYA - Tidak perlu takut atau gentar dengan tindakan skuad bola sepak Indonesia yang menyenaraikan empat pemain kelahiran Belanda bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2012.

Malahan, tindakan Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) itu belum pasti dapat menghadirkan kejayaan sekelip mata buat Indonesia yang belum pernah menjuarai kejohanan AFF sejak 1996.

Itu peringatan pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal (gambar) yang tidak mahu mengambil serius akan perkara itu sebaliknya yakin dengan 100 peratus kudrat anak-anak tempatan mampu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF tahun ini.

"Itu hak mereka (Indonesia) untuk menyenaraikan pemain luar yang diberi kerakyatan kerana mungkin disebabkan tidak pernah muncul juara, situasi itu memberikan impak kepada Indonesia untuk bertindak sedemikian.

"Tindakan kita menggunakan semua anak-anak tempatan, bagi saya lebih patriotik di samping memberikan kelebihan kerana faktor budaya dan bahasa yang tidak jauh berbeza membuatkan mereka mudah mengenali antara satu sama lain apabila beraksi.

"Cuma saya tidak rasa menggunakan khidmat pemain luar boleh memberikan jaminan untuk berjaya dan kami telah buktikan dua tahun lalu

"Adakah keputusan mereka itu akan memberikan kebaikan pada jangka pendek atau panjang, perkara itu juga kena difikirkan, " katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Skuad kebangsaan Indonesia baru-baru ini menyenaraikan tiga pemain dari Belanda, Jhonny Van Beukering, Raphael Guillermo Eduardo Maitimo dan Tonnie Cusell Lilipaly, yang diberikan kerakyatan Indonesia selain Diego Michiels yang mewakili skuad Sukan SEA tahun lalu.

Jhonny, yang merupakan penyerang Pelita Jaya, pernah beraksi bersama kelab terkemuka Liga Belanda, Feyenoord pada musim 2010/11 sementara Raphael beraksi di bahagian tengah dan mewakili Bali De Vata FC dalam saingan Liga Premier Indonesia (IPL).

Seorang lagi pemain, Tonnie Cusell beraksi bersama kelab Divisyen Tiga Belanda dengan kelab GVVV.

Sebelum ini, skuad Garuda pernah menggunakan seorang pemain kelahiran Uruguay, Christian Gonzales dan Irfan Bachdim dari Belanda tetapi mempunyai pertalian darah Indonesia dari sebelah bapanya, Noval Bachdim yang juga bekas pemain bola sepak Indonesia.

Selain itu, Rajagobal tidak merasakan masalah dalaman induk bola sepak Indonesia akan mengganggu persiapan skuad kebangsaan yang kini dikendalikan Nil Maizar.

Utusanonline


No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive