sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Saturday 6 October 2012

BALA AIR DI SELANGOR ANGKARA SI TANGGUH!!!


Semasa penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DUN) baru-baru ini, Khalid gagap terus berdolak dalih dalam menjawab soalan Ketua Biro Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong dalam isu Talam Corporation Bhd.

Persoalan demi persoalan timbul di fikiran rakyat Selangor sehingga kini mengapa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sanggup mengambil alih hutang di Talam Corporation BHD (TALAM) sebanyak RM 392 Juta.

Kita tahu, sepatutnya Khalid lebih pentingkan hutang UNISEL sebanyak RM 248 Juta bagi menyelamatkan masa depan pelajar di Unisel dan bakal pelajar yang rata-rata anak tempatan dari Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga boleh menyelesaikan hutang Permodalan Nasional Selangor BHD sebanyak RM 230 Juta, kerana kedua-dua institusi dan syarikat ini sangat penting kepada Negeri Selangor dan rakyatnya.

Adakah isu Talam ini ada ‘Udang dan ada lintah’ untuk menghisap duit dari Kekayaan Negeri Selangor? Jika tidak kenapa mereka begitu bersungguh-sungguh selesaikan hutang TALAM.

Isu TALAM hanya sampingan bagi menampakkan sikap dan cara Kerajaan Selangor menangani masalah dalam Selangor dan rakyat Selangor sendiri. Isu air adalah perkara yang paling getir bakal di terima Rakyat Selangor dan kawasan Sekitarnya. Bala yang sedang di buat Kerajaan Selangor bakal menghancurkan rakyatnya sendiri. Adakah isu air ini sangat remeh dimata kerajaan yang di terajui Khalid gagap?

Baru-baru ini juga Khalid ada bertemu dengan Sultan Selangor bagi meminta perkenan Sultan untuk membuat siding khas bagi membincangkan 3 perkara atau isu yang sedang melanda Selangor. Sultan Selangor masih belum membuat keputusan bagi perkara itu.

Dalam menutup kelemahan kerajaan pimpinan beliau Khalid di lihat bermain isu ‘daftar pemilih’ bagi Negeri Selangor, beliau berkata ada ‘penyelewengan’ dalam daftar pemilih dengan hamper 110 000 ribu pemilih diragui dan beberapa isu lain bagi menutup kelemahan beliau dalam isu air di Selangor.

Apapun alasan dan pembincangan yang tak sudah-sudah, rakyat boleh menilai sendiri, Khalid sanggup buat apa sahaja demi terus memerintah Negeri Selangor walaupun bala akan menimpa rakyat tidak lama lagi.
Kerajaan Pakatan Negeri Selangor juga telah cuba mengambil alih pengurusan industry perkhidmatan pengurusan air tetapi dalam perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan dan Konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), puncak Niaga holdings Sdn Bhd, Konsortium ABASS Sdn Bhd, (ABASS) dan Syarikat Pergeluar Air Selangor Berhad (SPLASH) terus menemui jalan buntu atas sikap sombong Kerajaan Pakatan Selangor sendiri.

Projek Langat 2 bakal menentukan nasib Khalid dan kuncu-kuncunya dalam Kerajaan pakatan Selangor. Rakyat tidak mahu lagi terus diperbodoh dan di permainkan kerana mereka bakal jadi mangsa Kerajaan Pakatan ini.

1 comment:

PecahPalakMikir said...

Salam perjuangan bro!
Mohon tumpang berpautan di blog terhebat ini demi perjuangan agama bangsa dan negara
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive