sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Monday 10 September 2012

PAS MAIN TARIK TALI !! NASHA BERANG ??

PAS TAKUT BUANG NASHA



Mesyuarat jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS sebentar tadi tidak langsung membincangkan hal berkenaan Ust. Nasharudin Mat Isa tetapi mesyuarat berkenaan membincangkan calon PAS pada PRU13 akan datang.
Dato Seri Abdul Hadi menegaskan bahawa bekas timbalannya itu masih kekal dalam Majlis Syura Ulama PAS.

Apabila diaju soalan oleh wartawan adakah Ustaz Nasharudin akan kembali dicalonkan PAS dalam pilihan raya, Abdul Hadi berkata perkara itu akan diumumkan kemudian.

Ustaz Nasharudin turut berada semasa sidang media tersebut kelihatan ceria tetapi enggan memberi ulasan tentang kedudukannya dalam PAS mahupun Majlis Syura Ulama PAS.

Persoalannya sekarang adakah PAS tidak berani mengambil keputusan untuk memecat Nasharudin sama seperti Dato Dr Hasan Ali dulu, kerana bahana memecat Dato Dr Hasan Ali dulu telah mengoncang PAS sendiri dengan hilangnya sokongan penyokong PAS pada parti itu.

Kita sedia maklum bahawa Nasharudin juga mempunyai pengikut dan penyokong sendiri sama seperti Dato Dr Hasan Ali.

Tetapi keputusan tidak membincangkan hal Nasharudin tadi sudah pasti bakal menyakiti hati rakan setia pas iaitu DAP yang sama sekali membenci Nasharudin.

Kita seperti sediakala akan dihidangkan dengan santapan perang mulut antara DAP dan PAS terutama Karpal Singh yang juga musuh ketat Nasharudin.

Sama-sama kita nantikan Karpal Singh lancarkan perang pada PAS nanti.

Wallahualam 

 



No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive