sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Sunday 9 September 2012

DARI DULU PAS KHIANAT

CERITA DULU :PAS KHIANAT SEMANGAT 46

Ini cerita dulu semasa aku aktif dlm Parti Melayu Semangat 46 (S46). Kisah ini berlaku ditempatku dan dinegeriku. Kali pertama bekerjasama dengan PAS dalam menghadapi pilihanraya. 


Kerjasama ini dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Kedua parti telah bersetuju dengan pembahagian kerusi untuk bertanding dalam pilihanraya umum. Tetapi apa yang mengecewa dan mendukacitakan, bila tiba hari penamaan calon satu kejutan besar telah dibuat oleh PAS. Amat memeranjatkan bila kerusi yang telah diperuntukkan kepada S46 telah dicerobohi oleh PAS dengan meletakkan calonnya untuk bertanding. 

Bila ditanya kenapa PAS berbuat begini, jawapannya kerana PAS masih meragui kejujuran S46. PAS mengatakan calon S46 akan dibeli oleh BN dan mereka tak mahu BN menang percuma dikawasan itu. Tetapi Allah maha mengetahui segalanya.

Sehingga pencalonan ditutup tiada seorang pun calon S46 yg dibeli oleh BN. Tiada seorang pun calon S46 yg memberi kemenangan percuma kepada BN. Tetapi seorang calon PAS telah memberi kemenangan percuma kepada BN disatu kawasan DUN. Disini dapat dinilaikan akan kesetiaan PAS dalam bekerjasama. Kenapa bila bekerjasama dgn DAP orang PAS tak berani berbuat demikian? Takut ke...? Sedangkan S46 adalah dianggotai oleh orang Melayu dan beragama Islam secara total. Itu pun PAS sanggup mengkhinatinya. 

Disini dapat dinilaikan siapakah yang khianat terhadap kawan seperjuangan. Peristiwa ini sebenarnya berlaku juga dinegeri negeri lain ketika itu. Bukankah khianat itu dilarang oleh Islam. Allah tidak pernah mengatakan hanya Parti PAS sahaja yg dibenarkan berbuat demikian. Ini adalah cerita benar. Kalau ada pemimpin PAS yg cuba hendak menafikan, dipersilakan. Aku adalah diantara org yang terlibat dalam kerjasama kedua2 parti ini ketika itu. Renungkanlah dan berfikirlah dengan matang ...

-Marcello Terry


psst : lihat apa akan jadi pada Ust. Nasa malam ini... Anwarinas masuk campur... biadap masuk campur...

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive