sahabat-sahabat APJ

t.kasih sahabat-sahabat,jom follow

Tuesday 1 May 2012

APJ LIVE : KEMALANGAN NGERI BAS ROMBONGAN, 3 MAUT DI RAWANG PAGI TADI

APJ LIVE : KEMALANGAN NGERI BAS ROMBONGAN DI RAWANG




RAWANG SELANGOR : Sebuah bas pelancong yang membawa rombongan dari Tapah, Perak ke Melaka telah terlibat dalam kemalangan ngeri  yang mengorbankan 3 orang termasuk pemandu bas, pemandu kedua dan seorang penumpang perempuan.

Kemalangan tersebut berlaku berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Rawang, Selangor menghala ke Kuala Lumpur. Bas yang membawa  lebih kurang 45 orang penumpang itu di percayai terbabas dan terbalik di lorong laju ketika melanggar penghadang jalan di kawasan pembinaan susur keluar baru di Sungai Buaya, Rawang.

2 orang mangsa yang maut di percayai pemandu bas dan pembantunya tersepit di bawah bas yang terbalik.

Mayat seorang penumpang wanita di percayai berbangsa India telah di temui terpelanting keluar dari bas, ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian.

Beberapa penumpang yang cedera parah telah di kejarkan ke Hospital Sungai Buloh termasuk mangsa yang maut. - APJ LIVE 

psst - pic mangsa maut tidak dapat di tontonkan, harap maklum. APJ ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa.

No comments:

POSTING PALING HOT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive